Followers

Monday, April 18, 2011

hidup! hidup! hidup!

assalamualaikum semua...
alhamdulillah,kita masih d beri izin-Nya untuk bernafas..
hari ni kita nak coret2 ckit pasal HIDUP..

HIDUP lawannya MATI..

HIDUP KITA,
PILIHAN KITA,

kat sini nak share video yang boleh mengubah rasa hati kita,insyaallah,..
sama-sama kita hayati,,,





kitalah yang mencorakkan kehidupan kita...
selagi ada nafas,ada kudrat,mari kita sama2 banyakkan amal..
lawan,lawan,lawan..nafsu dan syaitan..

solat,awal waktu..
al quran,baca sekurang-kurangnya 1 ayat sehari..

KEMPEN MARILAH MELABUR PELABURAN AKHIRAT,..
PULANGAN BERGANDA..JOIN US AT AMAL-AMAL SOLEH.COM..

peringatan buat diri sendiri juga semua yang membaca..
semoga ALLAH golongkan kita bersama2 muttaqin,muhsinin,amilin..amin..

Sunday, April 17, 2011

manage our mind!!!

assalamualaikum...
setelah sekian lama...
new post kembali menjelma..
syukur d atas segala anugerah-Nya...
tanpa-Nya siapalah kita...

kali ni kita nk bercakap tentang minda..
...MINDA SEDAR DAN MINDA SEPARA SEDAR...
semua orang ada minda...semua orang menggunakan minda...
CUMA,sejauh mana kita mengenali minda kita?????


maksud MINDA SEDAR;
minda sedar mampu mengawal setiap pemikiran
minda sedar juga mampu memilih apa yang hendak difikirkan ataupun apa yang tidak hendak difikirkan...
ia juga boleh menerima pemikiran atau menolak pemikiran..

maksud MINDA SEPARA SEDAR;
minda yang hanya mampu menerima setiap pemikiran tanpa boleh menolak atau mamilih..


boleh nampak perbezaannnya??????

fahami sifat kedua-dua minda ini dengan betul..

setiap pemikirn yang dilakukan oleh minda sedar akan terus diserap oleh minda separa sedar tanpa sebarang usul periksa..
ini bermakna,jika seseorang itu memikirkan dia boleh berjaya maka minda separa sedarnya akan terus merakamkam kejayaan tersebut dan menyimpannya sebagai input..

semua yang difikirkan oleh minda sedar akan terus difailkan oleh minda separa sedar dan disimpan sebagai input yang dikenali sebagia 'blueprint'.ini bereti sejak daripada anda dilahirkan telah tersusun fail di dalam minda separa sedar sehinggalah ke hari ini..
semua input akan digunakan pada masa yang bersesuaian..

mari kita lihat satu contoh..En. W,kini berusia 23 tahun,masih menganggur..niat di hati ingin berniaga menyahut seruan kerajaan..ingin menjadi usahawan..dengan sedikit modal belau menceburkan diri dalam bidang usahawan..pada awal perniagaan En. W menunjukkan kemajuan memberansangkan..

namun,semakin lama menceburi diri dalam bidang ini sampailah satu tahap yang tak dapat dibendung lagi,maka dia pun menutup perniagaannya..denagan baki modal yang ada dan atas nasihat teman-teman maka dia memulakan perniagaan lain dengan modal yang kecil tapi menjanjikan pulangan yang besar..pada peringkat awal,bisnes menunjukkan kecemerlangan tapi semakin lama,semakin lemah sehinggalah peristiwa lama berulang kembali..

apakah yang berlaku kepada En. W??Sebenarnya En. W telah mengalami satu pusingan memori yang dikenali sebagai ‘blueprint’ itu. Mungkin pada zaman kecilnya, En W terdedah dengan senario yang sama, dimana terdapat ahli keluarga terdekat atau jiran atau sesiapa sahaja yang pernah En W temui mengalami nasib yang sama sepertinya. Beliau sentiasa melihat kejadian yang sama berulang-ulang dalam proses pembesaran. Walaupun secara logik atau sedar dia tidak mengendahkan keadaan tersebut, namun secara separa sedarnya, minda beliau merakamkan keadaan tersebut dan memfailkannya.

Tatkala tiba saat En W menceburkan diri dalam bidang perniagaan minda separa sedarnya akan mengeluarkan fail tersebut dan mengulangi sistem yang terdapat dalam fail itu. Inilah antara sebab mengapa ramai usahawan sukar untuk berjaya. Namun jangan dikhuatiri kerana ‘blueprint’ ini boleh di musnahkan atau ‘delete’. Setiap benda yang boleh diprogram pastinya boleh di reprogram atau program semula. Banyak sebenarnya program yang berbentuk SPAM dalam minda kita. Program tersebut bukanlah terjadi daripada pemikiran kita tetapi akibat pendedahan kepada persekitaran.(yang pasal nak reprogram minda tu,saya masih tak tahu,tapi insyaAllah akan dicari dan disambung dalam entri yang lain..)

Apabila seseorang manusia itu lahir ke dunia sehingga dia berusia 3-4 tahun, minda yang aktif menjalankan kerja adalah minda separa sedar. Keadaan ini berterusan sehinggalah dia mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, dan ketika inilah minda sedarnya bertindak secara aktif. Ketika kehidupannya dikawal oleh minda separa sedar, apa yang berlaku disekitarnya akan diprogram oleh minda tersebut dan disimpan dalam fail minda.

Keadaan ini juga merujuk kepada perbezaan hidup dan tahap pemikiran seseorang individu yang lahir daripada kalangan usahawan dan yang lahir daripada kalangan biasa. Anak-anak usahawan yang berjaya, rata-rata mempunyai impian untuk berjaya dan lebih berjaya daripada bapanya. Manakala anak yang lahir daripada golongan keluarga yang tidak berlatarbelakangkan bidang keusahawanan mendapati agak sukar untuk memulakan perniagaan kerana perlu berkerja kuat dan usaha yang lebih keras.

seemuanaya terletak kepada minda kita,APA YANG SELALU KITA BACA,APA YANG SELALU KITA LIHAT..
bak kata dr muhaya,seoarng doktor mata dan selalu bagi ceramah di radio ikim..KITA ADALAH APA YANG KITA GOOGLEKAN..

lagu FIKIRKAN BOLEH,adalah salah satu cara yang baik untuk kita set dalam minda kita..kita boleh..kita boleh..
sepertimana maksud firman ALLAH,'Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum tu berusaha untuk ubah nasib mereka dulu'(kalau salah tolong betulkan..syukran)

JADI,
jika kita ingin berjaya ubahkan fikiran kita,sikap kita,DAN KITA BOLEH BERJAYA..INSYAALLAH..

sehingga bertemu lagi,salah dan silap mohon di maafkan..
semoga Allah menerima amal saya dan amal kamu..amin ya rabb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...