Followers

Saturday, August 6, 2011

nak kongsi sebuah kiriman mesej yang bermotivasi!!

assalamualaikumwarahmatullah,

strong people know how to keep their life in order,

even with tears in their eyes,

they still manage to say ''i'm ok'' with a smile.

send this to a STRONG PERSON.&[] gift

I JUST DID IT,

CHANGE IS COMING.

ALLAH SWT SAW YOUR SADNESS AND SAID HARD TIMES ARE OVER.

the acquisition as well as experience is essential but not sufficient for the cultivation of wisdom.

it is what we do with that knowledge and experience that truly matters eventually.

as is your vision to ALLAH,with ALLAH,for ALLAH,so is your world..

MAY ALLAH BLESS YOU..

membuka pintu rumah yang sudah lama tidak dijenguk..

how's your heart??

assalamualaikum..

buat atiqah azmi yang menunggu post saya yang tak kunjung tiba juga pada sesiapa saja yang mungkin melawat blog saya yang tak seberapa ini..

nak post entry baru tapi...

mungkin hanya perkongsian rasa..

berjalan2 di alam blog..
macam2 blog boleh jumpa..
blog pasal ramadhan,
blog pasal rahsia perempuan,
blog pasal sahabat,
blog pasal anak2,
blog pasal kisah kehilangan..

hati manusia,ada masa naik dan ada masa turun,
dan di masa turun,di masa sedang futur,saat itulah perlu mencari ubatnya..
dan dalam masa mencari-cari,Allah yang maha penyayang telah memberi peluang untuk kembali..

berjalan di blog tentang ramadhan,
terasanya diri ini amat lalai sekali walaupun Allah sudah mengizinkan masuk bulan mulia ini..

setelah berjalan-jalan lagi,
Allah jumpakan pula dengan blog kisah kehilangan..
kehilangan orang tersayang,penyokong,peneman hidup,
kehilangan penyeri hidup,sang Suami,
kali ini,hati rasa tertampar,
betapa jauh telah Allah dilalaikan,
betapa jauh telah Allah ditinggalkan..
"kita semua akan mati"
adakah kita ingin mati dalam dosa dan noda..
teringat tips nak lembutkan hati:ziarah perkuburan..
tapi kali ni tak p ziarah perkuburan tapi baca tentang cerita kehilangan,
orang yang sudah tiada,
orang yang sudah pergi,
betapa orang yang ditinggalkan merasa kehilangan,
berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,
"ya Allah yang maha kuat,berilah kekuatan kepada mereka,
ya Allah,temukanlah mereka di jannah-Mu"amin..

terlintas di fikiran,bagaimana agaknya keadaan mereka nak tempuh liku hidup yang masih panjang,
juga terlintas di fikiran,apakah yang Allah takdirkan untuk kita pula??
bagaimana keadaan kita nanti..

YOU ARE NEVER ALONE

setiap kita ada qada' dan qadarnya,
setiap kita Allahlah yang paling tahu kekuatannya,

untuk melihat betapa kayanya kita,lihatlah orang yang miskin dari kita,
untuk melihat betapa lalainya kita,lihatlah orang yang Allah sayang,orang yang Allah uji..

kita membaca cerita orang yang berkahwin dan gembira dengan pasangannya,Alhamdulillah,
bacalah pula cerita orang yang baru kehilangan pasangannya,
waAlhamdulillah,
di dalam keduanya ada hikmah,
ada ibrah,

ada gembira dan ada duka,
ada 5 perkara sebelum 5 perkara..

kalau kurang faham sikit post ni,saya mohon maaf..
sekadar menulis apa yang terlintas di hati..
(bak kata peneroka,wanita suka meluahkan,oh no!!)

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,
moga mereka semua terus tabah..

Ya Allah,ujilah kami dengan apa yang kami mampu..
amin..

hidup ibarat roda,tapi Allah sentiasa ada walau macamana laju pun roda tu berpusing..

ALLAHLAH YANG TERBAIK!!

Sunday, July 24, 2011

FUTUR BY UDMZ



credit for Atikah Abd Razak note at facebook..

terasa di hati..

just for sharing..



FUTUR

Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman sesorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang

1. Malas beribadat.

2. Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu, kita digalakkan agar menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian.

3. Melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Lebih teruk, kemaksiatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi, bergembira dengan maksiat.

4. Suka maksiat atau menyaksikan maksiat. Orang beriman akan melihat dosa maksiat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

5. Ukhuwwah menjadi longgar.

6. Ghairah kepada dunia. Sibuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang mereka kehendaki kerap menjerumuskan manusia kepada sikap ghairah dengan dunia.

7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduruan duniawi.

8. Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh).

9. Menangguh-nangguhkan kerja.

Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan dakwah. Kadangkala sesorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang

1. Tidak ikhlas dalam bekerja.

Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam suatu kerja yang kita lakukan. Tajarrud kepada Allah SWT dalam suatu kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu tidak disuruh ber’ubudiyah kepada Allah SWT melainkan dengan penuh ikhlas”

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat”

Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah kita perlu meneruskan sesuatu amalan ataupun berhenti beramal? Seharusnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan dalam niat.

Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan yang menyekutukan-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith qudsi yang bermaksud:

“Aku yang paling kaya daripada sekutu-sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”

2. Lemah dalam ilmu syarak. Yakni ilmu dari masdar yang betul penghayatannya.

3. Berkawan dengan orang yang tidak berhimah tinggi atau berhimah rendah. Orang yang berhimah tahu mengenai ilmu syara’. Khususnya ilmu untuk menentukan sesuatu itu syar’i atau tidak syar’i. Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir Al-Qur’an, Ilmu Hadis, Fiqh, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain. Antara yang penting adalah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)

4. Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan jalan penyelesaian dakwah dalam bentuk juzi’e. Misalnya, menyelesaikan masalah itu sahaja. Menyelesai dengan cara yang tidak syamil / kamil.

5. Matlamat atau hadaf tidak jelas. Juga wasilah tidak jelas. Tiada wawasan sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan di dunia sahaja. Wawasan kita bermula dari dunia hingga akhirat.

6. Tidak waqi’i. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, sebaliknya hanya memakai fikiran sendiri.

7. Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.

8. Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan ummah. Bila seimbang barulah cantik kerja-kerja seseorang itu.

9. Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah kerja. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah kita perlu pelbagai aktiviti yang resmi dan yang tidak resmi.

10. Lemah tarbiyyah. Ini faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.

11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran. Tidak tahu bagaimana kedudukan ummah atau dengan siapa ummah sedang berhadapan. Kita melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam, manakala musuh kita menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak menjadi sebagai satu individu berdepan yang satu sistem bukan Islam. Kita perlu tahu tipu helah sistem yang ada.

Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam naik, maka mereka akan sekat.

Oleh itu seseorang yang tidak faham hakikat realiti sebenar, maka dia tidak akan merasainya sebagai satu cabaran.

12. Tidak tahu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.

13. Berbeza bi’ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi’ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi’ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu berlaku futur.

Dahulu, Penjajah British telah mengkaji bi’ah dan tabi’at manusia di sini. Selesai itu barulah dia masuk dan menakluki Malaysia.

14. Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah terhadap ummah dan individu. Contohnya, ujian terhadap sahabat-sahabat Nabi sangat jelas. Ini sunnah Allah pada pendakwah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Tetapi kita perlu menerima sunnah ini dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhadapan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya, apakah persediaan dan peranan yang perlu kita mainkan supaya kita tidak lalai dalam menerima sunnah Allah.

15. Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Dia yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah, tetapi dia terus lemah untuk mengubati. Bagi kita, kalau rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang kuat.

16. Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit jiwa seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Penutup

Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem sedia ada. Kadang-kadang keghairahan itu mengakibatkan tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.

Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan syari’at Islamiyah, maka insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan dan petunjuk.

Sekiranya, ktia bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu untuk maslahat dakwah. Kita tetap bekerja menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam disamping membawa syakhsiyah Islamiyah..



sama-samalah kita mempertingkatkan diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...