Followers

Sunday, July 24, 2011

FUTUR BY UDMZ



credit for Atikah Abd Razak note at facebook..

terasa di hati..

just for sharing..



FUTUR

Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman sesorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang

1. Malas beribadat.

2. Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu, kita digalakkan agar menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian.

3. Melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Lebih teruk, kemaksiatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi, bergembira dengan maksiat.

4. Suka maksiat atau menyaksikan maksiat. Orang beriman akan melihat dosa maksiat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

5. Ukhuwwah menjadi longgar.

6. Ghairah kepada dunia. Sibuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang mereka kehendaki kerap menjerumuskan manusia kepada sikap ghairah dengan dunia.

7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduruan duniawi.

8. Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh).

9. Menangguh-nangguhkan kerja.

Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan dakwah. Kadangkala sesorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang

1. Tidak ikhlas dalam bekerja.

Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam suatu kerja yang kita lakukan. Tajarrud kepada Allah SWT dalam suatu kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu tidak disuruh ber’ubudiyah kepada Allah SWT melainkan dengan penuh ikhlas”

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat”

Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah kita perlu meneruskan sesuatu amalan ataupun berhenti beramal? Seharusnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan dalam niat.

Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan yang menyekutukan-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith qudsi yang bermaksud:

“Aku yang paling kaya daripada sekutu-sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”

2. Lemah dalam ilmu syarak. Yakni ilmu dari masdar yang betul penghayatannya.

3. Berkawan dengan orang yang tidak berhimah tinggi atau berhimah rendah. Orang yang berhimah tahu mengenai ilmu syara’. Khususnya ilmu untuk menentukan sesuatu itu syar’i atau tidak syar’i. Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir Al-Qur’an, Ilmu Hadis, Fiqh, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain. Antara yang penting adalah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)

4. Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan jalan penyelesaian dakwah dalam bentuk juzi’e. Misalnya, menyelesaikan masalah itu sahaja. Menyelesai dengan cara yang tidak syamil / kamil.

5. Matlamat atau hadaf tidak jelas. Juga wasilah tidak jelas. Tiada wawasan sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan di dunia sahaja. Wawasan kita bermula dari dunia hingga akhirat.

6. Tidak waqi’i. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, sebaliknya hanya memakai fikiran sendiri.

7. Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.

8. Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan ummah. Bila seimbang barulah cantik kerja-kerja seseorang itu.

9. Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah kerja. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah kita perlu pelbagai aktiviti yang resmi dan yang tidak resmi.

10. Lemah tarbiyyah. Ini faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.

11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran. Tidak tahu bagaimana kedudukan ummah atau dengan siapa ummah sedang berhadapan. Kita melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam, manakala musuh kita menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak menjadi sebagai satu individu berdepan yang satu sistem bukan Islam. Kita perlu tahu tipu helah sistem yang ada.

Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam naik, maka mereka akan sekat.

Oleh itu seseorang yang tidak faham hakikat realiti sebenar, maka dia tidak akan merasainya sebagai satu cabaran.

12. Tidak tahu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.

13. Berbeza bi’ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi’ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi’ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu berlaku futur.

Dahulu, Penjajah British telah mengkaji bi’ah dan tabi’at manusia di sini. Selesai itu barulah dia masuk dan menakluki Malaysia.

14. Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah terhadap ummah dan individu. Contohnya, ujian terhadap sahabat-sahabat Nabi sangat jelas. Ini sunnah Allah pada pendakwah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Tetapi kita perlu menerima sunnah ini dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhadapan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya, apakah persediaan dan peranan yang perlu kita mainkan supaya kita tidak lalai dalam menerima sunnah Allah.

15. Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Dia yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah, tetapi dia terus lemah untuk mengubati. Bagi kita, kalau rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang kuat.

16. Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit jiwa seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Penutup

Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem sedia ada. Kadang-kadang keghairahan itu mengakibatkan tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.

Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan syari’at Islamiyah, maka insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan dan petunjuk.

Sekiranya, ktia bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu untuk maslahat dakwah. Kita tetap bekerja menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam disamping membawa syakhsiyah Islamiyah..



sama-samalah kita mempertingkatkan diri..

help me!!

syuur nak sambut ramadhan semakin hilang..
menurun..
help!!!

Thursday, July 7, 2011

SYA'BAN!!!-5- SERUAN RAMADHAN 1

ASSALAMUALAIKUM


COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!

sedikit perkongsian:
"kata Abdullah ibnu Mas'ud:TAQWA ialah Allah ditaati tidak dimurkai,Dia diingati tidak dilupai,dan Dia disyukuri tidak dikufuri"

dari buku Indahnya Ramadhan di Rumah Kita,
tulisan Dr. Akram Ridha.

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN:

1.Rasulullah saw mempersiapkan dirinya sejak bulan syaaban.
Jenis-jenis persiapan:
a) Mental -mengingat kelebihan Ramadhan dan doa.
b)Amal -puasa dan membaca Al-quran

2.Persiapan dengan puasa.

a)"Diriwayatkan dari A'isyah ra.;ia berkata,'Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengira beliau tidak berbuka,dan beliau berbuka hingga kami mengira beliau tidak berpuasa.Tidaklah kami melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan tidaklah kami melihat beliau puasa lebih banyak selain bulan syaaban'
(HR. Imam Bukhari)

b)Usamah bin Zaid berkata bahawa ia pernah bertanya kepada Rasul saw,"Wahai Rasulullah,saya tidak melihat Anda berpuasa (di bulan-bulan lain) seperti Anda berpuasa di bulan sya'ban."Rasulullah menjawab,"sya'ban adalah bulan antara rejab dan ramadhan yang sering dilupakan manusia,padahal ia adalah bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah rabbul 'alamin.kerana itu,aku ingin amalku diangkat kepada Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa"
(HR. Imam Nasa'i)

c)Melatih puasa-ulama' sepakat bahawa puasa sunat di bulan sya'ban adalah latihan untuk menghadapi puasa bulan Ramadhan agar tidak terbeban.Puasa Sya'ban membuat seseorang dapat merasakan nikmatnya berpuasa sehingga semangat dan kekuatannya untuk berpuasa pun lebih meningkat ketika melaksanakannya di bulan ramadhan.Di samping itu supaya kita tidak lupa (mengelakkan kita makan dan minum kerana lupa) tika di bulan Ramadhan.



sebuah ceritera:

saya lupa


Abburrazaq bin Amr bin Dinar meriwayatkan bahawa seseorang datang menghadap Abu Hurairah ra.,ia mengadu,"saya berpuasa,tetapi saya makan dan minum kerana lupa." "tidak apa-apa,Allah lah yang telah memberimu makan dan minum,"jawab Abu Hurairah ra.Orang itu mengeluh lagi,"setelah itu,saya berkunjung lagi ke rumah yang lain.Saya lupa(untuk kedua kalinya) dan saya pun makan lagi."Abu Hurairah ra. berkata,"Engkau orang yang belum terbiasa melaksanakan puasa"


ikuti sambungannya pada entry akan datang..

jom kita pakat2 puasa!!

ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN
ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN
ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN


Tuesday, July 5, 2011

SYA'BAN!!!-3-

ASSALAMUALAIKUM

COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!

AHLAN WA SAHLAN YA SYA'BAN!!!

life is going on..
our life,our choice..

masa semakin singkat..
pertarungan akan bermula..
syaitan tengah melancarkan serangan yang terakhir!!
musuh hantar bom,takkan kita nak tunggu saja,
kita kena bom balik!!

apa yang akan terjadi di bulan ramadhan bergantung pada tabiat kita di bulan sya'ban,
RASULULLAH pun menggandakan amalan di bulan sya'ban,
kita pun kena ganda berkali-kali,
sebab Rasulullah penunjuk cara,kita pengikutnya,
baru syaitan boleh kalah dengan kita..

terdetik di hati,
mampukah aku?
FIKIRKAN BOLEH,KITA BOLEH..
USAHA TANGGA KEJAYAAN..

"bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi,
beribadahlah seperti kamu akan mati pada esok hari"


semoga Allah beri kekuatan untuk kita sama2 serang musuh kita balik!!
amin..

Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..

Friday, July 1, 2011

REJAB!! -29-

COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!


REJAB SUDAH SANGAT-SANGAT HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA!!
PERSIAPAN KITA BAGAIMANA??

jika kita lihat hari raya,
masa-masa sekarang ini adalah masa-masa terakhir untuk menyiapkan kuih raya dan baju raya..
jadi,servislah kenderaan kita sekarang untuk menempuh perjalanan mencabar akan datang..

ramadhan adalah masa untuk mengecas kembali bateri kita..
para sahabat sangat-sangat merindukannya,
menangisi saat pemergiannya..

kita di ambang kedatangannya,
marilah kita berlumba-lumba meraikannya..
tetamu mulia..

allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...