Followers

Saturday, August 6, 2011

nak kongsi sebuah kiriman mesej yang bermotivasi!!

assalamualaikumwarahmatullah,

strong people know how to keep their life in order,

even with tears in their eyes,

they still manage to say ''i'm ok'' with a smile.

send this to a STRONG PERSON.&[] gift

I JUST DID IT,

CHANGE IS COMING.

ALLAH SWT SAW YOUR SADNESS AND SAID HARD TIMES ARE OVER.

the acquisition as well as experience is essential but not sufficient for the cultivation of wisdom.

it is what we do with that knowledge and experience that truly matters eventually.

as is your vision to ALLAH,with ALLAH,for ALLAH,so is your world..

MAY ALLAH BLESS YOU..

membuka pintu rumah yang sudah lama tidak dijenguk..

how's your heart??

assalamualaikum..

buat atiqah azmi yang menunggu post saya yang tak kunjung tiba juga pada sesiapa saja yang mungkin melawat blog saya yang tak seberapa ini..

nak post entry baru tapi...

mungkin hanya perkongsian rasa..

berjalan2 di alam blog..
macam2 blog boleh jumpa..
blog pasal ramadhan,
blog pasal rahsia perempuan,
blog pasal sahabat,
blog pasal anak2,
blog pasal kisah kehilangan..

hati manusia,ada masa naik dan ada masa turun,
dan di masa turun,di masa sedang futur,saat itulah perlu mencari ubatnya..
dan dalam masa mencari-cari,Allah yang maha penyayang telah memberi peluang untuk kembali..

berjalan di blog tentang ramadhan,
terasanya diri ini amat lalai sekali walaupun Allah sudah mengizinkan masuk bulan mulia ini..

setelah berjalan-jalan lagi,
Allah jumpakan pula dengan blog kisah kehilangan..
kehilangan orang tersayang,penyokong,peneman hidup,
kehilangan penyeri hidup,sang Suami,
kali ini,hati rasa tertampar,
betapa jauh telah Allah dilalaikan,
betapa jauh telah Allah ditinggalkan..
"kita semua akan mati"
adakah kita ingin mati dalam dosa dan noda..
teringat tips nak lembutkan hati:ziarah perkuburan..
tapi kali ni tak p ziarah perkuburan tapi baca tentang cerita kehilangan,
orang yang sudah tiada,
orang yang sudah pergi,
betapa orang yang ditinggalkan merasa kehilangan,
berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,
"ya Allah yang maha kuat,berilah kekuatan kepada mereka,
ya Allah,temukanlah mereka di jannah-Mu"amin..

terlintas di fikiran,bagaimana agaknya keadaan mereka nak tempuh liku hidup yang masih panjang,
juga terlintas di fikiran,apakah yang Allah takdirkan untuk kita pula??
bagaimana keadaan kita nanti..

YOU ARE NEVER ALONE

setiap kita ada qada' dan qadarnya,
setiap kita Allahlah yang paling tahu kekuatannya,

untuk melihat betapa kayanya kita,lihatlah orang yang miskin dari kita,
untuk melihat betapa lalainya kita,lihatlah orang yang Allah sayang,orang yang Allah uji..

kita membaca cerita orang yang berkahwin dan gembira dengan pasangannya,Alhamdulillah,
bacalah pula cerita orang yang baru kehilangan pasangannya,
waAlhamdulillah,
di dalam keduanya ada hikmah,
ada ibrah,

ada gembira dan ada duka,
ada 5 perkara sebelum 5 perkara..

kalau kurang faham sikit post ni,saya mohon maaf..
sekadar menulis apa yang terlintas di hati..
(bak kata peneroka,wanita suka meluahkan,oh no!!)

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,
moga mereka semua terus tabah..

Ya Allah,ujilah kami dengan apa yang kami mampu..
amin..

hidup ibarat roda,tapi Allah sentiasa ada walau macamana laju pun roda tu berpusing..

ALLAHLAH YANG TERBAIK!!

Sunday, July 24, 2011

FUTUR BY UDMZ



credit for Atikah Abd Razak note at facebook..

terasa di hati..

just for sharing..



FUTUR

Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman sesorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang

1. Malas beribadat.

2. Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu, kita digalakkan agar menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian.

3. Melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Lebih teruk, kemaksiatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi, bergembira dengan maksiat.

4. Suka maksiat atau menyaksikan maksiat. Orang beriman akan melihat dosa maksiat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

5. Ukhuwwah menjadi longgar.

6. Ghairah kepada dunia. Sibuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang mereka kehendaki kerap menjerumuskan manusia kepada sikap ghairah dengan dunia.

7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduruan duniawi.

8. Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh).

9. Menangguh-nangguhkan kerja.

Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan dakwah. Kadangkala sesorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang

1. Tidak ikhlas dalam bekerja.

Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam suatu kerja yang kita lakukan. Tajarrud kepada Allah SWT dalam suatu kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu tidak disuruh ber’ubudiyah kepada Allah SWT melainkan dengan penuh ikhlas”

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat”

Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah kita perlu meneruskan sesuatu amalan ataupun berhenti beramal? Seharusnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan dalam niat.

Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan yang menyekutukan-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith qudsi yang bermaksud:

“Aku yang paling kaya daripada sekutu-sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”

2. Lemah dalam ilmu syarak. Yakni ilmu dari masdar yang betul penghayatannya.

3. Berkawan dengan orang yang tidak berhimah tinggi atau berhimah rendah. Orang yang berhimah tahu mengenai ilmu syara’. Khususnya ilmu untuk menentukan sesuatu itu syar’i atau tidak syar’i. Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir Al-Qur’an, Ilmu Hadis, Fiqh, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain. Antara yang penting adalah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)

4. Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan jalan penyelesaian dakwah dalam bentuk juzi’e. Misalnya, menyelesaikan masalah itu sahaja. Menyelesai dengan cara yang tidak syamil / kamil.

5. Matlamat atau hadaf tidak jelas. Juga wasilah tidak jelas. Tiada wawasan sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan di dunia sahaja. Wawasan kita bermula dari dunia hingga akhirat.

6. Tidak waqi’i. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, sebaliknya hanya memakai fikiran sendiri.

7. Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.

8. Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan ummah. Bila seimbang barulah cantik kerja-kerja seseorang itu.

9. Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah kerja. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah kita perlu pelbagai aktiviti yang resmi dan yang tidak resmi.

10. Lemah tarbiyyah. Ini faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.

11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran. Tidak tahu bagaimana kedudukan ummah atau dengan siapa ummah sedang berhadapan. Kita melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam, manakala musuh kita menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak menjadi sebagai satu individu berdepan yang satu sistem bukan Islam. Kita perlu tahu tipu helah sistem yang ada.

Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam naik, maka mereka akan sekat.

Oleh itu seseorang yang tidak faham hakikat realiti sebenar, maka dia tidak akan merasainya sebagai satu cabaran.

12. Tidak tahu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.

13. Berbeza bi’ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi’ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi’ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu berlaku futur.

Dahulu, Penjajah British telah mengkaji bi’ah dan tabi’at manusia di sini. Selesai itu barulah dia masuk dan menakluki Malaysia.

14. Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah terhadap ummah dan individu. Contohnya, ujian terhadap sahabat-sahabat Nabi sangat jelas. Ini sunnah Allah pada pendakwah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Tetapi kita perlu menerima sunnah ini dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhadapan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya, apakah persediaan dan peranan yang perlu kita mainkan supaya kita tidak lalai dalam menerima sunnah Allah.

15. Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Dia yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah, tetapi dia terus lemah untuk mengubati. Bagi kita, kalau rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang kuat.

16. Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit jiwa seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Penutup

Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem sedia ada. Kadang-kadang keghairahan itu mengakibatkan tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.

Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan syari’at Islamiyah, maka insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan dan petunjuk.

Sekiranya, ktia bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu untuk maslahat dakwah. Kita tetap bekerja menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam disamping membawa syakhsiyah Islamiyah..



sama-samalah kita mempertingkatkan diri..

help me!!

syuur nak sambut ramadhan semakin hilang..
menurun..
help!!!

Thursday, July 7, 2011

SYA'BAN!!!-5- SERUAN RAMADHAN 1

ASSALAMUALAIKUM


COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!

sedikit perkongsian:
"kata Abdullah ibnu Mas'ud:TAQWA ialah Allah ditaati tidak dimurkai,Dia diingati tidak dilupai,dan Dia disyukuri tidak dikufuri"

dari buku Indahnya Ramadhan di Rumah Kita,
tulisan Dr. Akram Ridha.

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN:

1.Rasulullah saw mempersiapkan dirinya sejak bulan syaaban.
Jenis-jenis persiapan:
a) Mental -mengingat kelebihan Ramadhan dan doa.
b)Amal -puasa dan membaca Al-quran

2.Persiapan dengan puasa.

a)"Diriwayatkan dari A'isyah ra.;ia berkata,'Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengira beliau tidak berbuka,dan beliau berbuka hingga kami mengira beliau tidak berpuasa.Tidaklah kami melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan tidaklah kami melihat beliau puasa lebih banyak selain bulan syaaban'
(HR. Imam Bukhari)

b)Usamah bin Zaid berkata bahawa ia pernah bertanya kepada Rasul saw,"Wahai Rasulullah,saya tidak melihat Anda berpuasa (di bulan-bulan lain) seperti Anda berpuasa di bulan sya'ban."Rasulullah menjawab,"sya'ban adalah bulan antara rejab dan ramadhan yang sering dilupakan manusia,padahal ia adalah bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah rabbul 'alamin.kerana itu,aku ingin amalku diangkat kepada Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa"
(HR. Imam Nasa'i)

c)Melatih puasa-ulama' sepakat bahawa puasa sunat di bulan sya'ban adalah latihan untuk menghadapi puasa bulan Ramadhan agar tidak terbeban.Puasa Sya'ban membuat seseorang dapat merasakan nikmatnya berpuasa sehingga semangat dan kekuatannya untuk berpuasa pun lebih meningkat ketika melaksanakannya di bulan ramadhan.Di samping itu supaya kita tidak lupa (mengelakkan kita makan dan minum kerana lupa) tika di bulan Ramadhan.



sebuah ceritera:

saya lupa


Abburrazaq bin Amr bin Dinar meriwayatkan bahawa seseorang datang menghadap Abu Hurairah ra.,ia mengadu,"saya berpuasa,tetapi saya makan dan minum kerana lupa." "tidak apa-apa,Allah lah yang telah memberimu makan dan minum,"jawab Abu Hurairah ra.Orang itu mengeluh lagi,"setelah itu,saya berkunjung lagi ke rumah yang lain.Saya lupa(untuk kedua kalinya) dan saya pun makan lagi."Abu Hurairah ra. berkata,"Engkau orang yang belum terbiasa melaksanakan puasa"


ikuti sambungannya pada entry akan datang..

jom kita pakat2 puasa!!

ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN
ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN
ALLAHUMMA BAARIKLANA FI REJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN


Tuesday, July 5, 2011

SYA'BAN!!!-3-

ASSALAMUALAIKUM

COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!

AHLAN WA SAHLAN YA SYA'BAN!!!

life is going on..
our life,our choice..

masa semakin singkat..
pertarungan akan bermula..
syaitan tengah melancarkan serangan yang terakhir!!
musuh hantar bom,takkan kita nak tunggu saja,
kita kena bom balik!!

apa yang akan terjadi di bulan ramadhan bergantung pada tabiat kita di bulan sya'ban,
RASULULLAH pun menggandakan amalan di bulan sya'ban,
kita pun kena ganda berkali-kali,
sebab Rasulullah penunjuk cara,kita pengikutnya,
baru syaitan boleh kalah dengan kita..

terdetik di hati,
mampukah aku?
FIKIRKAN BOLEH,KITA BOLEH..
USAHA TANGGA KEJAYAAN..

"bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi,
beribadahlah seperti kamu akan mati pada esok hari"


semoga Allah beri kekuatan untuk kita sama2 serang musuh kita balik!!
amin..

Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..

Friday, July 1, 2011

REJAB!! -29-

COUNTDOWN!!
RAMADHAN IN THE LIST!!


REJAB SUDAH SANGAT-SANGAT HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA!!
PERSIAPAN KITA BAGAIMANA??

jika kita lihat hari raya,
masa-masa sekarang ini adalah masa-masa terakhir untuk menyiapkan kuih raya dan baju raya..
jadi,servislah kenderaan kita sekarang untuk menempuh perjalanan mencabar akan datang..

ramadhan adalah masa untuk mengecas kembali bateri kita..
para sahabat sangat-sangat merindukannya,
menangisi saat pemergiannya..

kita di ambang kedatangannya,
marilah kita berlumba-lumba meraikannya..
tetamu mulia..

allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..

Tuesday, June 28, 2011

REJAB!!-26-


ASSALAMUALAIKUM!!
KAWAN-KAWAN SEMUA..

COUNTDOWN!!!!!
DON'T FORGET!!!!
RAMADHAN IN THE LIST!!!
PARA SAHABAT RASULULLAH SANGAT MERINDUKAN DETIK2 BERBAHAGIA INI!!
MARI KITA SAMA-SAMA MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA!!

REJAB SUDAH HAMPIR KEPADA PENAMATNYA...
APA PERSEDIAAN KITA??
SEMOGA MASING2 SUDAH MULA MENGISI TANGKI MINYAK MEREKA UNTUK BERAKSI DI BULAN RAMADHAN NANTI!!


sudah lama tidak menaip di sini..
sekadar insan kerdil,ingin berkongsi,
yang baik dari ALLAH,
yang kurang baik kelemahan saya sendiri..

baru menhabiskan pembacaan novel abdul latip talip,
MUHAMMAD AL-FATEH,
tokoh pahlawan islam pujaan saya..

bertaqwa,tawadu',rendah diri,abid,
sangat hebat,bijaksana,berpandangan jauh..

kehebatannya menjadikan dia salah seorang pahlawan yang saya gemari selain dari pahlawan islam yang lain seperti,umar al khattab,umar abdul aziz,ali abi talib,saad abi waqqas,jaafar abdul mutalib..
dan ramai lagi...

setelah 800 tahun,akhirnya kebenaran hadis Rasulullah menjelma..
800 tahun bukanlah satu waktu yang singkat..

satu kisah yang ingin dikongsikan,
setelah tamat latihan ketenteraan di pulau magnesia,
muhammad al-fateh menyamar untuk meninjau keadaan rakyatnya,
sampai ke sebuah rumah,

dia bertanya di manakah masjid,aku seorang musafir,ingin bermalam,
tuan rumah itu dengan ramahnya mengajak muhammad al-fateh bermalam di rumahnya lalu menyembelih seekor kambing untuk di buat lauk,
setelah selesai memasak diletakkan lauk itu ke dalam sebuah bekas,
dan tuan rumah itu menyuruh anaknya memberikan lauk itu kepada jirannya,

apabila diberi kepada jirannya yang pertama,kata jirannya;makanan kami masih cukup,berilah kepada orang yang lebih memerlukan,
lalu si anak pergi ke rumah jiran yang lain sehingga akhirnya si anak kembali ke rumah dengan bekas lauk yang tidak di beri kepada sesiapa,

lalu bertanyalah muhammad al-fateh,
'apakah semua orang di sini orang kaya?'
jawab si tuan rumah,
'tidak,semua penduduk di sini hidup bersederhana,mereka lebih mengutamakan orang yang lebih memerlukan dari mereka'

bertanya lagi muhammad al-fateh,
'kalau begitu kenapa kamu masih memberi kepada mereka?'
jawab tuan rumah,
'sebabnya saya teringat sebuah hadis yang mengatakan apabila kamu memasak gulai mungkin jiran kamu terhidu baunya.oleh itu berikan sedikit makanan itu kepadanya'

sultan muhammad al-fateh ingin menguji lagi tuan rumah itu lalu bertanya,
'apa pendapat kamu tentang sultan muhammad al-fateh?'
'baginda seorang yang baik,walaupun muda tapi kami rasa selamat di bawah pemerintahannya'

'adakah sultan muhammad al-fateh ambil berat tentang kamu?'
'baginda sentiasa sibuk,mungkin sebab itu baginda tak sempat melawat kami tapi kami tetap sayang kepadanya'
maka bersyukurlah muhammad al-fateh kerana terbukti rakyatnya rakyat yang baik..

ibrah yang dapat kita ambil di sini,
betapa rakyat muhammad al-fateh,
hidup bersederhana,
mengutamakan orang lain,
sangat pemurah,
sangat mengambil berat terhadap saudara seislamnya,
suka bersangka baik..

marilah kita mencontohi mereka..



AL-FATIHAH BUAT SEORANG LAGI GURUKU,
MERANGKAP SUAMI KEPADA MAK CIK USRAHKU SATU MASA DAHULU,
CIKGU DESA..
BELIAU BARU SAHAJA MENINGGALKAN KITA,
KEMBALI KEPADA PENCIPTA..

KITA??
BAGAIMANA??
BILA??

ya ALLAH,tempatkan cikgu desa bersama para solihin,amin ya rabbi..
ya ALLAH,tempatkan cikgu desa bersama para solihin,amin ya rabbi..
ya ALLAH,tempatkan cikgu desa bersama para solihin,amin ya rabbi..



Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban,wa ballighna ramadhan,amin..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban,wa ballighna ramadhan,amin..
Allahumma baariklana fi rejab wa sya'ban,wa ballighna ramadhan,amin..

Wednesday, June 8, 2011

REJAB!! -6-


COUNTDOWN..
RAMADHAN IN THE LIST!!!

sedikit info tentang puasa di bulan rejab dan syaban..
silakan ke simple thoughts..

perkongsian hari ini,
hari rabu,6 rejab,8 jun..

berjumpa lagi dengan dr muhaya,
di ikim,pada pukul 10 hingga 11 pagi tadi..
sila-silalah mendengar tazkirah dr jika ada kelapangan,sangat2 bermanfaat dan menaikkan motivasi diri..

tajuk beliau hari ni,
tentang SIKAP SOMBONG!!

THOSE WHO KNOW DO NOT SPEAK,
THOSE WHO HAVE DO NOT SHOW..

kata beliau kita kena selalu merendah diri,
contohnya kalaupun kita dah tau tentang sesuatu dan ada seseorang bercerita tentang sesuatu itu kepada kita,janganlah kita berkata kita dah tau,sebab kalau kita cakap macam tu maknanya kita SOMBONG..NA'UZUBILLAH..

mohon dijauhkan Allah..

kata beliau lagi,
APA YANG KITA FOKUS,
PERKARA ITU LAH YANG AKAN MENJELMA DALAM DIRI KITA,

kalau kita fokus kita berjaya,natijahnya kita akan berjaya,
kalau kita fokus kelemahan orang,sebenarnya kita sedang menceritakan kelemahan kita..

kata beliau lagi,
KALAU KITA KATA KITA TAK DAK MASA,
SEBENARNYA KITA YANG TAK PANDAI URUS MASA..

hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih..

sekadar perkongsian di bulan rejab yang mulia ni,
salah silap saya mohon maaf..
segala kebaikan dari ALLAH..

menulis untuk melatih diri mempraktikkan apa yang di tulis..
YA!!YAKIN BOLEH,KITA BOLEH!!

ya ALLAH,BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYABAN,DAN SAMPAIKANLAH KAMI PADA BULAN RAMADHAN..
ya ALLAH,BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYABAN,DAN SAMPAIKANLAH KAMI PADA BULAN RAMADHAN..
ya ALLAH,BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYABAN,DAN SAMPAIKANLAH KAMI PADA BULAN RAMADHAN..

ya ALLAH yang maha kuat,kami hamba-mu yang lemah,kuatkanlah kami dengan kekuatanMu..

amin..amin..amin..ya rabbi..

Tuesday, June 7, 2011

REJAB!! -5-


COUNTDOWN....
RAMADHAN IN THE LIST...

hari ni masuk 5 rejab..

apa sunnah rasul kita buat hari ni..

paling kurang SENYUM kan,SOLAT kan,

tazkirah untuk diriku dan sahabat seperjuanganku sekalian..

dari buku 365 tip sihat gaya Rasulullah,
tulisan dr muhammad ali toha,

TIP YANG KE86,

"Allah berkuasa memanjangkan umur kita.Bagi memperoleh kesihatan dan umur yang panjang,kita perlu menjaga makan minum,menjaga kebersihan diri dan persekitaran,tidur seperti nabi,minum madu,berbekam dan menoptimumkan ibadah wajib serta sunat.Apabila ditimpa penyakit,segeralah berubat menggunakan cara yang betul.Selain itu,BERBAIK SANGKALAH KEPADA ALLAH,BERSERAHLAH KEPADANYA,ERATKAN SILATURRAHIM SESAMA INSAN DAN SENTIASALAH MEMOHON PERTOLONGAN KEPADANYA..."

ya ALLAH,berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan ramadhan..amin ya rabbi..
ya ALLAH,berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan ramadhan..amin ya rabbi..
ya ALLAH,berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan ramadhan..amin ya rabbi..

Sunday, June 5, 2011

Allah yang terbaik!!!


ALLAH YANG TERBAIK..



Assalamualaikum..
Ziarah menziarahi merapatkan ukhuwah..
Semoga Allah tempatkan kita dalam golongan orang yang saling berkasih-sayang kerana Allah..
amin ya rabbi..

menulis untuk melatih diri melaksanakan apa yang ditulis..

cuti-cuti ni banyak kenduri,
sambil makan sambil jumpa kawan lama..
eratkan ukhuwah..kan..
marilah kita menghadirkan diri kita ke jemputan kenduri..(^_^)

sebenarnya post kali ni nak berkongsi tentang PENYUSUNAN ALLAH,
ya,penyusunan ALLAH untuk setiap hidup hamba-nya yang bernama manusia..
takdir Allah...
kita merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah..

setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
kadang-kadang kita tak rasa..
tapi cuti kali ni Allah bagi rasa..
jadi nak berkongsi la rasa..

rasa yang Allah sangat hebat.
Allah tahu yang terbaik untuk setiap hambanya..
yang TERBAIK..
ALLAH MAHA PENYAYANG..

saya sayang ALLAH..
sebut senang tapi ada bukti ke?
sambil sebut sambil buat kan..

ada beberapa rentetan peristiwa yang berlaku dalam cuti ni yang menyebabkan hati rasa tersentuh,
hati rasa Allah mengetahui,
hati rasa Allah menyayangi,
walau diri penuh dengan dosa dan kejahatan,
tapi Allah masih sayang..

saya sayang ALLAH..

SEKARANG DAH MASUK 3 REJAB..

lepas REJAB masuk SYA'BAN

lepas SYA'BAN masuk RAMADHAN..

bulan mulia..

marilah kita mula berpuasa sunat kerana Allah,
Allah yang maha penyayang..
Allah ajak kita buat baik,ikut sunnah rasul,
salah satu sunnah rasul puasa isnin dan khamis..

JOM KITA MULA PUASA DI BULAN REJAB INI!!!
ya Allah,bantulah kami dalam melawan nafsu untuk melaksanakan amal ibadah keranamu..
amin ya rabb yang maha penyayang..

Sunday, May 29, 2011

ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan

assalamualaikum..
salam sejahtera buat semua..
seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama batu-bata yang saling menguatkan..

menulis itu melatih diri untuk melakukan apa yang ditulis
insyaAllah..

jalan-jalan dalam fb jumpa dr muhaya..
seorang doktor mata dan pakar motivasi yang hebat..
selalu kedengaran di radio ikim jam 10 pagi hari rabu..

kata beliau;
kita adalah apa yang kita googlekan..

so,becareful with my and your fingers...(^_^)

jadi,hari ni kita google alam ciptaan Allah..


berjalan-jalan di dedaunan indah,



titik hujan yang membasahi bumi,
allahumma soyyiban naafi'an..


jalan-jalan mendaki gunung..



terjumpa pula mountain goat..
terbang mencari air terjun yang indah..



bintang-bintang berkerlipan..
star forming nebulla;


hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah..

-mendung-






akhirnya,ingatlah Allah di mana-mana,
tak nampak dek mata,
tapi dapat dirasai,
di lihat..

the last one:



ya Allah,tempatkanlah kami bersama-sama golongan muhsinin..
amin..

be the best among the best!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...